6 MAIN CLASS OF ANIMAL

English Version & Versi Bahasa Melayu

6 MAIN CLASS OF ANIMAL / 6 KELAS ASAS HAIWAN

MAMMALS / MAMALIA

Mammals belong to a group of *vertebrates that includes approximately 5,400 extant species. Mammals display a remarkable array of adaptations that enable them to inhabit a wide range of habitats. Mammals range in size from the minute Bumblebee Bat which measures a mere three centimeters in length, to the magnificent blue whale, which can measure 33 metres head to tail—at such immense dimension, it is undoubtedly the largest animal alive today.

 *vertebrates / vertebrat/ = Animal that have a backbone (including fish, amphibian, reptile, bird and mammals).

Mamalia tergolong dalam kumpulan vertebrat termasuklah 5,400 spesies yang dianggarkan masih wujud pada hari ini. Mamalia mempunyai suatu keupayaan yang menakjubkan dimana ini membolehkan mereka menyesuaikan diri di dalam pelbagai habitat yang luas. Mamalia mempunyai saiz fizikal yang pelbagai, dari spesies terkecil iaitu kelawar "bumblebee" yang hanya sepanjang 3 cm sehinggalah kepada ikan paus biru atau "blue whale" yang panjangnya dari kepala sehingga ekor mencecah 33 meter keseluruhan. Tidak dinafikan ikan paus biru merupakan mamalia dan juga binatang terbesar yang masih hidup di muka bumi ini.

Walaupun secara zahirnya spesies hidupan laut seperti "ikan" paus dan "ikan" dolfin kelihatan seperti ikan, dan dari segi panggilan pun kelihatan sama seperti ikan. Tetapi hakikatnya mereka tergolong dalam kumpulan mamalia.

 *vertebrates / vertebrat/ = haiwan yang mempunyai tulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia). 






BumbleBee Bat






Blue Whale / Ikan Paus Biru











BIRD / BURUNG

Birds (class Aves) are winged, endothermic (warm-blooded), vertebrates and egg-laying animals. There are around 10,000 living species. There are a few kinds of birds that don't fly, but their ancestors did, and these birds have secondarily lost the ability to fly. Modern birds have traits related to hot metabolism, and to flight. They inhabit ecosystems across the globe, from the Arctic to the Antarctic. Extant birds range in size from the 5 cm (2 in) Bee Hummingbird to the 3 m (10 ft) Ostrich.
And of course, all bird have feather.

Burung merupakan haiwan yang mempunyai sayap, berdarah panas, bertulang belakang (vertebrat), dan juga bertelur. Dianggarkan sebanyak 10.000 spesies burung yang masih wujud setakat ini. Walaupun semua burung mempunyai sayap, ada berberapa jenis spesies burung yang tidak bolah terbang. Contohnya seperti penguin. Burung-burung pada masa kini hidup di ekosistem yang merentasi seluruh benua, dari benua artic sehinggalah ke benua antartik. Dari segi saiz fizikal, burung terkecil di dunia ialah Bee HummingBird yang saiznya ialah 5cm (2 inci)  manakala burung terbesar pula Burung ini adalah Burung Unta / Ostrich. Saiz burung ini boleh mencecah 3m (10 kaki). Ciri-ciri ketara yang terdapat pada burung ialah, semua burung  mempunyai bulu pelepah. 










Bee HummingBird




Ostrich  / Burung Unta








REPTILE / REPTILIA

Reptile are cold blooded vertebrates animal that incapable of maintaining a consistent body temperature on their own. They rely on the environment around them to warm up or to cool down. Their ability to move warm blood into the body core allows them to conserve energy. All the reptiles have scales, whether it can be hard or soft,large or small scale.

There are four reptile orders in existence today. Crocodilia refer to animals like crocodiles and alligators. Squamata refers to lizards, snakes and similar creatures. All turtles are included in the Testudines order. The order Rhynchocephalia or Sphenodontia contains only one species known as tuataras, native to New Zealand.

The Jaragua Sphaero or "dwarf gecko" is known to be the smallest reptile that still life where this animal can be found at Caribbean island. The size of this animal estimate about 16 to 18mm or 1.6cm, size of . The biggest reptile that still exist on our planet is Australian Salt Water Crocodile.

                                                           Dwarf Gecko

                                               Australian Saltwater Crocodile




Clockwise from above left: Spectacled Caiman (Caiman crocodilus), Green Sea Turtle (Chelonia mydas), Tuatara (Sphenodon punctatus) and Eastern Diamondback Rattlesnake (Crotalus adamanteus).


Reptilia merupakan haiwan vertebrat berdarah sejuk ( cold blooded) yang bergantung kepada persekitaran sekeliling mereka untuk mengekalkan suhu badan. Jika ingin sejukkan badan, mereka akan ke tempat yang lebih lembab atau sejuk. Semua haiwan reptilia mempunyai sisik (scale), samada ianya boleh jadi keras, lembut, besar mahupun kecil. Ada 4 jenis keluarga reptilia yang berada dibawah kelasnya.

1. Crocodilia - merujuk kepada haiwan seperti buaya.

2. Squamata -Merujuk kepada biawak, cicak, ular dan haiwan yang serupa dengannya.

3. Rhynchocephalia / Sphenodonia - Merujuk kepada haiwan yang seakan-akan biawak tetapi pada hakikatnya ia bukan biawak. Setakat ini hanya satu spesies sahaja yang dikenalpasti. Tuataras dari New Zealand

4. Testudine - Merujuk kepada semua jenis spesies kura-kura dan yang ada kaitan dengannya seperti penyu dan labi-labi.

Reptilia terkecil dunia dikenali sebagai The Jaragua Sphaero atau "dwarf gecko" / cicak kerdil dimana ia dijumpai di kepulauan carribean. Saiznya dianggarkan sebesar 1.6 cm (16mm-18mm) dan cicak ini diklasifikasikan sebagai hidupan yang terancam. Manakala reptilia terbesar ialah buaya air masin  atau "saltwater crocodile". Selalunya haiwan ini boleh membesar dari 4.5-5 meter (15 sehingga 17 kaki) panjang. Tetapi, buaya air masin yang terbesar masih hidup dan direkodkan ialah sepanjang 7 meter (23 kaki) panjang.



Dwarf Gecko 













                                                Australian Saltwater Crocodile


AMPHIBIANS / AMFIBIA

Amphibians (class Amphibia, from Amphi- meaning "on both sides" and -bios meaning "life"), such as frogs, toads, salamanders, newts, and caecilians. This animal are ectothermic (or cold-blooded) animals that metamorphose from a juvenile water-breathing form, either to an adult air-breathing form, or to a paedomorph that retains some juvenile characteristics. Proteidae (mudpuppies and waterdogs salamander) are good examples of paedomorphic species. Though amphibians typically have four limbs, the caecilians are notable for being limbless. Unlike other land vertebrates, most amphibians lay eggs in water. Amphibians are superficially similar to reptiles.

About 5000 to 6000 amphibians species are live today. And amphibians were the first vertebrates to make the move from life in water to life on land. Despite their early colonization of terrestrial habitats, most lineages of amphibians have never fully severed their ties with aquatic habitats.

Perkataan Amfibia ini berasal dari Amphibios yang bermaksud (Amphi- "Kedua belah sisi @pihak" & -Bios "Kehidupan"). Haiwan ini juga dikenali sebagai makhluk dua alam, bermakna haiwan ini boleh hidup didalam air dan juga didarat. Haiwan yang berdarah sejuk ini boleh berubah bentuk (metamofosis) dari bentuk larva kepada bentuk yang lain seperti katak dan kodok. Atau berubah bentuk mengikut rupa asalnya semasa berada pada tahap larva. Contohnya seperti salamander dan newt yang mengekalkan ekornya. Tidak seperti haiwan vertebrata yang lain, kebanyakan amfibia bertelur didalam air. Dan pada zahirnya amfibia ini mempunyai persamaan dengan haiwan reptilia. Tetapi apa yang membezakan mereka adalah reptilia tidak bertelur didalam air dan tidak mempunyai tahap-tahap tertentu didalam pembesaran mereka, dan amphibia pula mempunyai tahap-tahap tertentu dan selalunya bertelur didalam air.

Sehingga kini, sebanyak 5000 ke 6000 species amfibia yang masih hidup di seluruh dunia.


FROG LIFE CYCLE / KITARAN HIDUP KATAK


Frog / Katak


This image taken from http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/kitaran-hidup-katak-metamorfosis-katak.html

SALAMANDER & NEWT LIFE CYCLE / KITARAN HIDUP SALAMANDER & NEWT

Salamander
                                                      Newt
Axolotl salamander
axolotl salamander/mudpuppy












ARTHROPODS / ARTROPOD

Arthropods are animals having exoskeleton (external skeleton) with segmented bodies and six or more jointed legs. that's why they are called "Arthropods", meaning "jointed feet" in Greek language. They are the largest animal group on Earth. In fact, more than three out of four of all animals are arthropods. They are found everywhere - on land, in trees, in freshwater and saltwater, and even underground. One estimate indicates that arthropods have 1,170,000 described species, and account for over 80% of all known living animal species. Another study estimates that there are between 5 to 10 million extant arthropod species, both described and yet to be described. Arthropods are generally small. Most are less than 1 cm long. Some arthropods, however, are quite large. The giant king crab, for example, measures over 3.2 m from the tip of one outstretched leg to another. Some of the most familiar arthropods are butterflies, beetles, flies, ants, bees, spiders, scorpions, shrimp, and crabs. There are also prehistoric arthropods that still live today such as horseshoe crab. The biggest arthropods that still live are Japanese spider crab, have a leg span up to 3.5 m (12 ft). The smallest arthropods are plankton about 300 microns large.

Istilah Arthropods berasal dari perkataan Greek yang bermaksud "kaki yang bersambung-sambung". Mengikut namanya, arthropods adalah haiwan yang mempunyai rangka luaran (exoskeleton), badan bersegmen dan juga kaki yang bersambung-sambung. Contohnya seperti yang tertera pada gambar ulat gonggok / millipede dibawah:

Garis-garis yang terdapat pada Ulat Gonggok  (millipede) mewakili setiap segmen yang ada pada badannya dan setiap satu segmen mempunyai 2 pasang kaki yang dihubungkan bersama.

Arthoropods merupakan kumpulan haiwan yang terbesar sekali di muka bumi ini. Mereka boleh ditemui dimana-mana sahaja, di atas tanah, pokok, air tawar, air masin, bawah tanah, malah di dalam "rumah" pun mereka boleh dijumpai. Dianggarkan sebanyak 1,170,000 spesies haiwan yang dicartakan wujud pada masa kini. Dan pada anggaran pihak lain pula terdapat 5 ke 10 juta spesis yang telah dan masih belum dicartakan...

Pada kebiasaannya, haiwan ini adalah kecil sahaja. Kebanyakannya hanya sebesar kurang dari 1 cm panjang. Walaupun begitu, ada juga berberapa spesies yang agak besar. Contohnya seperti "Giant King Crab", seekor ketam yang berukuran 3.2 meter panjang. Antara spesies arthropods yang biasa kita lihat ialah rama-rama, labah-labah, lebah, kala jengking, semut dan ketam. Ada juga haiwan prasejarah dari spesis ini yang masih hidup hingga kini, iaitu "Horseshoe crab" dimana haiwan ini telah wujud dimuka bumi ini sejak berjuta tahun dahulu. Arthropods terbesar yang masih hidup ialah "Japanese Spider Crab" dengan panjangnya berukuran 3.5 meter. Manakala arthropods terkecil pula ialah plankton yang saiznya hanyalah 300 micron, tersangat kecil kerana hanya dengan menggunakan mikroskop sahajalah makluk ini dapat dilihat.






Horseshoe Crab













Alaskan King Crab











Millipede







Japanese Spider Crab



Plankton













FISH /IKAN

A fish is any aquatic vertebrate animal that is covered with scales  or without scales, and equipped with two sets of paired fins and several unpaired fins. Most fish are "cold-blooded," or ectothermic, allowing their body temperatures to vary as ambient temperatures change. But, fish species like tuna, swordfish fish, and some shark species show some warm blooded adaptation, like mammals do. Fish are abundant in most bodies of water. They can be found in nearly all aquatic environments, from high mountain streams (e.g., char and gudgeon) to the abyssal depths of the deepest ocean (e.g., gulpers and anglerfish). At 31,500 species, fish exhibit greater species diversity than any other class of vertebrates. Many types of aquatic animals commonly referred to as "fish" are not fish in the sense given above; examples include shellfish, cuttlefish, starfish, crayfish and jellyfish.

Fish range in size from the huge 16 metres (52 ft) whale shark to the tiny 7.9 millimetres Paedocypris progenetica (Dwarf Fairy Minnow)


Ikan merupakan haiwan akuatik yang bertulang belakang (vertebrat) bersisik dan tidak bersisik. Kebanyakan ikan adalah berdarah sejuk atau "actothermic", keadaan yang membenarkan suhu badan mereka disesuaikan mengikut suhu persekitaran.. Walaupun begitu, terdapat berberapa spesies ikan seperti ikan tuna, ikan todak dan berberapa spesies ikan jerung yang memperlihatkan ciri-ciri seperti yang terdapat pada haiwan berdarah panas dimana ia boleh menaikan atau mengurangkan suhu badan melebihi suhu persekiran sekelilingnya. Spesies ikan boleh ditemui hampir disemua persekitaran akuatik, dari sungai pergunungan yang tinggi, sungai yang cetek sehinggalah kepada lautan yang terdalam. Ada 31,500 spesies ikan yang wujud pada hari ini. 

Ikan yang terbesar masih hidup ialah Jerung Paus yang berukuran 16 meter (52 kaki) dan ikan terkecil ialah ikan "Dwarf Fairy Minnow (Paedocypris Progenetica)".dari spesies ikan umpan yang berukuran 7.9 milimeter.






Whale Shark / Jerung Paus

                                                Dwarf Fairy Minnow